Sunday 1 November 2009

MY CONVOCATION...

BERSAMA ANAK SULUNG HARIS DI HARI KONVO AKU.....



Finally aku bergelar graduan... alhamdulillah .
setelah banyak ujian yang telah ditempuhi...maka buahnya cukup manis.......











Terima Kasih seisi Keluarga kerna sudi menghadiri majlis ini..

semua berpagi-pagi datang untuk melihat penganugerahan yang bermakna.

Sunday 25 October 2009

KENANGAN DI HARI RAYA


Di kampung bukit jawa, setiap kali raya adalah setiap kali kemenangan bagi aku..
namun kali ini aku berjaya amik gamba keluarga.tapi aku xde dalam gamba itu ....tak per la...

Wednesday 7 October 2009

TEMAN ZIARAHKU.....


Asyraf the cute Boss n wife






















FIKRI AND THE DAUGHTER

NICE SWEET CHARM TO YOU.....

















ROSLAN RAKAN SEGURU

orang BESAR BOMBA N isteri
















g-Man & the freind....

dari kiri
my wife,me, G-man,wan kairuddin and farah (his wife)

Wednesday 9 September 2009

MOHAMMAD HARIS IKHWAN .....



MALU2.....COMEL ANAK ABIEY NIEY...
.....
وقال الله تعالى: ((إ

    "Ertinya : Dan Dia (Allah) memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (ath-Thalaq 65:3)

Tuesday 8 September 2009

tajweed..alQuran

HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’
WAQAF:
Bahasa: Menahan
Istilah: Memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.
Hukum Bacaan: Wajib

Waqaf
Terbahagi kepada 4 bahagian:
1. Waqaf Ikhtiari-Waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang sebab yang tertentu.
2. Waqaf Idhtirari- Waqaf terpaksa(darurat) yang dilakukan pembaca kerana kehabisan nafas,terbersin,menguap dan sebagainya.
3. Waqaf Intizhari-Waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca wajah (qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.
4. Waqaf Ikhtibari- Waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul,Ithbat dan mahdzuf,menyoall dalam peperiksaan atau mengajar.


Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada 4 jenis:
1. Waqaf Tam(berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
2. Waqaf Kafi(berhenti memadai)iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyi hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna.
3. Waqaf Hasan(berhenti yang baik)-waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih(Berhenti yang tidak baik)- Waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknanya kerana berhubung kuat dengan kalimah selepasnya kecuali darurat dan (jika berlaku) wajib memulakan ndengan kalimahsebelumnya.

IBTIDA’
Bahasa: Permulaan
Istilah: Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’
Hukum: terbahagi 2 jenis
1. Ibtida’ Jaiz( permulaan yang harus)-memulakan bacaan pada kalimah yang dapat memberi faham akan maknanya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikejendaki Allah Ta’ala.
2. Ibtida’ Tidak Jaiz (permulaan yang tidak harus)-memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh merubah makna yang dikehendaki.

BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS TORIK SYATIBI
Talfiq
Bahasa: Rekaan
Istilah: Mencampurkan bacaan sebahagian daripada torik dengan torik yang lain. Ia juga dikenali dengan “tarkib turk”

Hukum: Tidak harus
Imam Nuwairi-Haram,Makruh dan mengaibkan.
Menjadi kesalahan jika menggabungkan bacaan antara torik Imam Syatibi dengan torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdadap jurang perbezaan antara kedua-dua torik tersebut.

Ciri-ciri khusus riwayat hafs torik Syatibi:
1. Attakbir: bermaksud ucapan "لا اله الا الله هو الله اكبر " atau sekurang-kurangnya "الله اكبر " atau لااله الا الله هو الله اكبر ولله الحمد ketika khatam Quran riwayat hafs melalui torik Syatibi tidak membaca takbir.
2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.
3. Mad Muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf atas huruf mad berada dihujung kalimah.
4. Idgham nun sakinah atau tanwin bertemu huruf Lam (ل ) dan (ر) tanpa ghunnah.
5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.
6. Pada fatatih suwar surah Yasin dan surah Rum dibaca dengan Izhar.
7. Pada perkataan (سلسلا) pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca 2 wajah ketika waqaf sama ada dihazaf alif atau diisbat alif.
8. Kalimah-kalimah(ضعف) pada ayat 24 surah Rum dibaca 2 wajah berbaris di atas dan berbaris dhommah.
9. Pada kalimah (فما اتان لله) pada surah an-Naml’ ayat 36 harus dibaca 2 wajah ketika waqaf
10. Pada kalimah (فرق) pada surah Syuara’ ayat 63 harus dibaca 2 wajah – Tafkhim dan Tarkik.
11. Huruf “ain” pada permulaan surah Maryam dan surah As-Syura harus dibaca dengan 4 dan 6 harakat.
12. Pada kalimah (لا تامنا) dibaca 2 wajah iaitu Isymam dan Raum
13. Wajib diidghamkan huruf (ب) ke dalam (م) pada kalimah (اركب معنا) surah Hud ayat 42.
14. Wajib diidghamkan huruf (ث) ke dalam huruf (ذ) pada kalimah (يلهث ذلك)surah Al-A’raf ayat 176.
15. Pada kalimah (الذكرين)dalam surah Al-Ana’m ayat 143-144 pada kalimah (الئن)surah Yunus ayat 51 dan 91 dan kalimah (الله)dalam surah Yunus ayat 59 dan surah AL-Naml ayat 59 boleh dibaca 2 wajah secara Ibdal dan Tashil
16. Huruf(ص)pada kalimah (لمصيطر ) surah Ghasiah ayat 22 hanya dengan huruf (ص)
17. Pada huruf (س)kalimah (فطمسنا)surah Al-Qamar ayat 37 harus dibaca dengan 2 wajah iaitu dengan (س)dan (ص)
18. Pada kalimah ( يبصط)surah Al-Baqarah ayat 245 dan pada kalimah ( بصطة)surah Al-A’raf ayat 69 dibaca dengan huruf (س)sahaja.
19. Pada kalimah (هلك ماليه)harus dibaca 2 wajah iaitu secara Izhar berserta dengan Saktah dan secara Idgham.
20. Pada kalimah (نخلقكم)dibaca secara idgham kamil.
21. Kallimah (مجرىها)ayat 41 surah Hud hendaklah dibaca secara Imalah Kubra.
22. Kalimah (ءاعجمى)surah Fussilat ayat 44 dibaca dengan Tashil.